Lawatan Tuan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka

17 Mac 2017, Jumaat jam 7.30 pagi- SK Ayer Keroh telah dilawati Tuan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Tuan Haji Abu Bakar bin Sahari. Beliau juga telah mengetuai bacaan Surah Kahfi bersama semua guru dan murid SK Ayer Keroh. Turut menyertai program mingguan sekolah ialah sebahagian ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah. Selesainya pembacaan Surah Kahfi, beliau turut menyampaikan pesan dan amanat kepada warga sekolah dalam menghadapi hari-hari mendatang. Sebelum beliau dibawa menikmati jamuan ringan di Anjung Selera SKAK, beliau dibawa melawat Surau SKAK diiringi Pengerusi PIBG SKAK dan para pentadbir.