Posts

Showing posts from 2016

Orientasi Tahun 1 sesi 2017 SK AYER KEROH

Assalamualaikum dan salam sejahtera..makluman kepada semua Ibu bapa yg ada mendaftar anak tahun 1 bagi sesi 2017 :- 1. Sila hadir ke sekolah untuk membuat semakan dan mengambil borang-borang maklumat. 2. Orientasi bagi murid tahun 1 sesi 2017 adalah pada hari JUMAAT (30/12/2016) bermula jam 8.30 pagi dan berkumpul di dewan sekolah.  Murid-murid dikehendaki berpakaian uniform sekolah dan membawa bersama alat tulis. 3. Orientasi Pra Sekolah SKAK akan dijalankan pada 29 Disember 2016, Khamis di kelas Pra Sekolah SKAK. Sekian, terima kasih.

TAKWIM NOVEMBER 2016

2-4 NOVEMBER 2016 - SUKANTARA SUKAN TAHUNAN 2016 7-8 NOVEMBER 2016 - ACARA AKHIR PADANG DAN SARINGAN BALAPAN SUKAN TAHUNAN 2016 9-10 NOVEMBER 2016 - RAPTAI PENUH SUKAN TAHUNAN 2016 10 NOVEMBER 2016 - ACARA KEMUNCAK SUKAN TAHUNAN SK AYER KEROH 2016 15 NOVEMBER 2016 - KARNIVAL JUALAN KGS SKAK 2016 17 NOVEMBER 2016 - PENGUMUMAN RASMI KEPUTUSAN UPSR 2016 23 NOVEMBER 2016 - HARI KUALITI 2016

SESI PEMULANGAN BUKU TEKS

Image

KEJAYAAN KELAB DOKTOR MUDA SEKOLAH

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Pada 5 November 2016, Sabtu , ahli Kelab Doktor Muda telah menyertai pertandingan Eksplorace Melaka Sihat Peringkat Negeri Melaka. Sebanyak 3 pasukan telah menyertai pertandingan tersebut. Dua pasukan telah mendapat tempat keempat dan kelimabelas daripada 58 buah pasukan seluruh Melaka. Manakala 1 pasukan mendapat sijil penghargaan. Bersama Pn Hjh Rose Marina Mohd Said,Guru Besar SK Ayer Keroh dan para peserta Eksplorace Melaka Sihat

GELAGAT SUKANTARA 2016

Image

TEMASYA SUKAN TAHUNAN SK AYER KEROH 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semua murid dikehendaki hadir ke sekolah dengan memakai pakaian sukan (mengikut rumah sukan) sepanjang minggu ini. Isnin & Selasa (7 & 8 November) - Latihan Sukan Rabu & Khamis ( 9 & 10 November) - Persiapan dan Raptai Temasya Sukan Khamis ( 10 November) - Temasya Sukan Tahunan (2 hingga 6 petang) Jumaat (11 November) - Cuti Peristiwa
Image
HARI SUKAN NEGARA ( 8 OKTOBER 2016 ) AKTIVITI SENAMROBIK PERLAWANAN BOLA JARING DAN BOLA SEPAK ANTARA RUMAH SUKAN PERTANDINGAN BOLA JARING GURU vs MURID

UJIAN LENCANA KELAB DOKTOR MUDA

Image

PELANCARAN PROGRAM CERIA MERDEKA

Image

Takwim SKAK Julai-Ogos 2016

Ujian Bulanan 2 - 18 Julai 2016- 21 Julai 2016 Percubaan UPSR - 18 Julai 2016 - 21 Julai 2016 Pertandingan Bercerita Sains Dalam Bahasa Inggeris peringkat Daerah Melaka Tengah - 28 Julai 2016, jam 9 pagi di Dewan Ibnu Khaldun( SKAK sebagai tuan rumah). Kem 1M1S - 29 Julai 2016 - 31 Julai 2016 bertempat di Padang SK Ayer Keroh. Cuti Peristiwa 1 Ogos 2016(Isnin) sempena Kem 1M1S. Kem Kecergasan Kelab Doktor Muda - 1 Ogos 2016 - 4 Ogos 2016 bertempat di Homestay Pak Ali, Umbai, Melaka. Program Ceria Merdeka - sepanjang bulan Ogos 2016.

PERCUBAAN UPSR 2016...cabaran bermula...

Image
   pening juga soalan ni...apa jawapan yang sesuai ni?  herm....idea-idea....tolonglah datang... Alhamdulillah...soalan agak mudah...dah siap!!!

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Hari ini bermulalah peperiksaan percubaan UPSR 2016 dan ujian bulanan 2 bagi murid-murid Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh, Melaka. Percubaan UPSR bermula 18 Julai 2016(Isnin) hingga 21 Julai 2016(Khamis).   Ujian Bulanan 2 bermula 18 Julai 2016(Isnin) hingga 21 Julai 2016(Khamis).   Semoga murid-murid SK Ayer Keroh , Melaka berjaya dan cemerlang dalam pendidikan.

HARI RAYA AIDILFITRI 2016

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Sekolah akan ditutup selama satu minggu bagi memberi laluan kepada cuti sambutan Hari Raya Aidilfitri 2016 bermula dari 2 Julai 2016 - 10 Julai 2016. Sesi persekolahan akan bermula kembali pada 11 Julai 2016, hari Isnin. Raya raya juga...jaga diri semasa berhari raya. Bagi yang memandu ke kampung halaman, berhati-hati di jalan raya. Ingatlah insan-insan tersayang.

Pemberitahuan

Image
Hari kecaknaan -perjumpaan ibu bapa bersama guru kelas   Cuti Sempena Nuzul Quran

Barisan Pentadbir SK Ayer Keroh 2016

Image
Puan Hajjah Rose Marina bt Mohd Said Guru Besar SK Ayer Keroh Encik Bobby Wee Teck Seng Guru Penolong Kanan Pentadbiran Puan Sharifah binti Mohd Guru Penolong Kanan HEM Encik Azman bin Abu Bakar Guru Penolong Kanan Kokurikulum Encik Hashim bin Salleh Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas

Johan Bicara Berirama Peringkat Negeri Karnival Jom Ler Kenali Ubat Anda 2016

Image
Alhamdulillah..SKAK JOHAN!!! Berkat doa dan usaha guru-guru dan murid-murid selama sebulan...menghasilkan kemenangan yang besar buat SKAK...

Karnival Jom lerr... Kenali Ubat Anda

Esok 7 Mei 2016... pasukan Doktor Muda SKAK akan berentap di Pertandingan Bicara Berirama dengan tema ' Ubat Selamat... Rakyat Sihat'. Semoga berjaya!!!

PKSR 1...

Bermula 6 Mei 2016- 13 Mei 2016 , semua murid SK Ayer Keroh, Melaka akn menduduki Penilaian Kendalian Sekolah Rendah 1 ( PKSR 1 ). semoga semua murid SKAK dapat menjawab dengan tenang dan berjaya. Jaga diri, pemakanan dan kesihatan masing-masing ya!