Orientasi Tahun 1 sesi 2017 SK AYER KEROH
Assalamualaikum dan salam sejahtera..makluman kepada semua Ibu bapa yg ada mendaftar anak tahun 1 bagi sesi 2017 :- 1. Sila hadir ke sekolah untuk membuat semakan dan mengambil borang-borang maklumat. 2. Orientasi bagi murid tahun 1 sesi 2017 adalah pada hari JUMAAT (30/12/2016) bermula jam 8.30 pagi dan berkumpul di dewan sekolah. Murid-murid dikehendaki berpakaian uniform sekolah dan membawa bersama alat tulis. 3. Orientasi Pra Sekolah SKAK akan dijalankan pada 29 Disember 2016, Khamis di kelas Pra Sekolah SKAK. Sekian, terima kasih.